Saturday, February 12, 2011

kerja @ DAISO !!

akhirnya !! aku akhirnya diterima bekerja di DAISO, queensbay mall, penang.

credit to : google


daiso? kedai apakah? daiso adalah kedai under AEON. macam jusco. kiranya daiso ni partner juga la dengan jusco. seperti apa yang mr. sia cakap, supervisor di daiso, queensbay. daiso merupakan kedai barangan jepun yang baru dibuka di queensbay pada 29 januari lalu. ape barang dijual? sangat banyak! sumpah tak tipu. barang mainan, stationary, barang-barang untuk berkebun, gift, household, home decor, accessories, semua ada.

credit to : applefish

kedai ni kat mane hah? kedai daiso ni kat tingkat 1 queensbay, bersebelah dengan shoepoint, berdepan dengan maybank. EVERYTHING AT RM5. yup, benar. semua barang 5 ringgit. sebab tu kalau masuk kedai ni, tak payah la korang susah-susah nak cari tag price barang. semua  barang 5 ringgit.

semua orang tahu kot, kalau cakap barang semua datang dari jepun ni, dah semestinya lah mostly barang-barang dia bertulis jepun. dah la banyak barang-barang jepun ni pelik-pelik kan? jadi janganlah segan nak bertanya dekat pekerja-pekerja kat daiso ni. pekerja bukan orang jepun ya, harap maklum.

credit to : applefish


macam mana la korang nak kenal yang mana satu pekerja daiso ni? wah, itu manyak mudah! pekerja daiso pakai baju putih dengan apron kaler coklat yee.

aku tak sangka pulak nak keje sini siap kene interview bagai. nasib baik la dulu kat sekolah dah penah kena interview dengan teacher ida masa nak jadi pengawas PSS. dulu masa interview cakap BI bagai. nasib baik la mr. sia ni cakap melayu. tak de la gerun aku nak menjawabnya.

oh ya, aku masa pergi mintak keja sini, hafiz mahmut yang ajak. so, kitorang kena interview sekali la actually. masa mr. sia tu tanya soalan semua, aku nanti tengok hafiz, dia tengok aku balik, cess, aku juga nak kena cakap dulu. haih, takpelah, ai okee je. hentam sudah. dekat doploh minit juga la dia interview kami ni. sampai penat aisyah nur addia dengan aimi tunggu kat luar tuh. haha, kesian diorang.

gaji yang aku akan dapat nanti, tak la banyak sangat, dalam rm750, tambah dengan elaun rm100. kalau jadi cashier boleh tambah lagi rm70. habis banyak pon dalam sebulan rm 920. okay la tu. kerja seminggu 6 hari. kalau public holiday, gaji triple. woa, itu yang aku nak dengar tu. best gak.

okay la, panjang bebenor dah ni. aku start keja 14 februari ni. hari isnin. hari stok sampai pulak. banyak la kerja first day aku nanti. aku dapat shift petang pukul 2-11 malam. hafiz dapat shift pagi, ces, tak sama pulak. haih, takpa, dia habis shift nanti pukul 6. itu saja la kot. arigatou gozaimasu kerana sudi baca!
hari aku di interview. thanks kengkawan sebab sudi menuggu. haha



p/s : sape ntah kemaruk dengan jepun bagai? sampai kat sekolah pon join kelab bahasa jepun ? haha. aishiteru imasu!

17 comments:

  1. wahh tahniah2 sbb dah keje. gaji pun masyukkk. aii jepun gak? aishiteru :P

    ReplyDelete
  2. wahh tahniah2 sbb dah keje. gaji pun masyukkk. aii jepun gak? aishiteru :P

    ReplyDelete
  3. huda : arigatou !! haha. ye, jepon! alahai, hang tahu pulak! asyik kantoi je ngan hang nih. cess.

    ReplyDelete
  4. hahahaha.thniah mkcekkk.jeleshnyaaaa ampa pi kejaaa!

    ReplyDelete
  5. anis : thanks ! hang patot cari keja gak. keje kat celcom, jadi arr..hahak

    ReplyDelete
  6. aisyah : aku bangga gak sebab hang pon nak keja gak..yeay,akhirnya kita berdikari..aku lawak lg dok tringat kat alan.adoyai..haha

    ReplyDelete
  7. hahakk! sirius lawak! " no one will TAKE CARE here," kata alan.. =P

    ReplyDelete
  8. aisyah : tadashi ! okeh,sekarang kena banyak speaking japan. kah3. whether aku x taw betol ke tak. google aje. dgn view yang cantik. haha. lawak la pi keja depan tu.jusco da takda tempat lain ka??

    ReplyDelete
  9. haha. so ari ni 1st day la kan. good luck. boleh belanje t

    ReplyDelete
  10. faiz : haha.ya.first day keje. siapa?hang belanja akuh??boleh2..kuang3

    ReplyDelete
  11. hi...
    sy nk tny.Nk apply kerja kt Daiso ni just walk-in interview ke? Ada pape yg perlu kena bawa ke? Daiso terima x klu kerja full time tp temporary je dlm 3 or 4 months?

    ReplyDelete
  12. anon : kalau nak mintak keje sini, pergi je kat kaunter cashier,tny nak mintak keje .nt dia kasi borang ,isi. lps tu,bgtaw la bila nak interview.pada hari tersebut pon boleh,tgk la manager free atau tak.xpayah bawak pape.bawak la pen,nampak la macam bersedia nak mintak kerja sikit.pakai baju proper,macam haritu ada orang nak mintak kerja,tp pakai seluar pendek,manager xmau amik dia.temporary tak sure la.skrg depa cari yg permanent.yg kejap nanti susah.haritu ramai student usm mintak keje.tp kejap,manager xnak amik.yg bertuah je dapat.tp boleh try,sebab skarang ramai budak lepas spm nak berhenti.nak further study.

    ReplyDelete
  13. thanks for the information. =)

    ReplyDelete
  14. ada no cik hp pn siti yg keje kt situ x.. ritu dia kasi kertas ad no hp dia tp dh tercicir.. ada x??? send kt emel dih..

    ReplyDelete
  15. salam, saya baru nak apply keje kat daiso..skang tgh cuti sem !! kalau terus terang kat dia nak mintak shift pagi yang habis kul 6 tu..agak-agak die bagi tak eyh ? cam seronok je keje daiso tuu..best la awak !

    ReplyDelete

Bingkiskan apa sahaja. Supaya aku tahu apa pikir kamu ke aku.