Tuesday, February 15, 2011

first day aku di DAISO

aku penat. aku sakit pinggang. aku sakit kaki. aku sakit mata. err, boleh ke? mengantuk la tu.

tapi, aku nak tulis gak working experience aku untuk first day nih. nanti tak de feel dah. tak syok nak menaip dah. 

sepertimana yang aku cerita dulu, aku masuk kerja pukul 2 petang. aku sampai je, terus pergi jumpa supervisor, mr.sia. dia cakap, "kawan u, siapa tu? hafiz? kenapa dia tak datang? ". "oh, hafiz, dia cakap dia tak nak kerja sini la mr.sia". "oh, takpa".



pastu, dia bagi aku masok stor, kasi aku baju daiso. "u pakai saiz ape? M kan?". "ye". dia pon kasi la kat aku baju saiz M. aku pergi la tukar. disebabkan baju tersebut berlengan pendek, aku pakai le handsock, sampai je kat kedai, mr.sia tengok pelik je aku pakai handsock tu, ait, takkan nak marah kot. tapi dia tak kata ape. naseb baik.

dia bawa aku pergi kat cashier counter, suruh aku jadi assistant untuk kak ina. daiso ni tak pakai bag plastik, so, semua barang aku kena taruk tape. penat gak la. tapi aii okee. daiso ada 2 kaunter. tapi kaunter cuma buka satu je. mula - mula aku tolong kak ina, pastu aku tolong nick pula masa kak ina pergi break.



jadi cashier kat daiso ni senang je. disebabkan semua barang 5ringgit, jadi kerja cashier cuma bilang berapa item, tekan kat mesin tu, customer bayar, kasi resit, siap!

apa yang kasi aku menyampah sikit kerja situ? bila customer nanti tanya, barang ni berapa ringgit? everything is 5ringgit sir! haha. banyak kali gak la kena jawab macam tu. sambil kena manis-manis muka, senyum-senyum gitu. ahh, aku tahu itu fake semata. ada ke satu pak cik tu tanya "kat sini ada jual electric kettle tak?". what?? adoi. takkan la nak jual cerek letrik untuk 5ringgit kot. agak-agak la pak cik woi.

hari ni hari ape murid-murid? valentine's day. pandai. dah terang lagi bersuluh, aku tak sambut. tapi ramai orang sambut la. ramai gila orang datang bercouple-couple. datang pegang bunga. lepas maghrib, masyaallah ramai gila orang. mungkin sebab semua pakat habis kerja, patu sambut valentine kat queensbay.

okay, dah la tu, panjang sangat. mengantuk!!

p/s : nanti aku nak cite pasal orang yang aku kenal kat situ. mr.sia, abg fadzrul, kak ina, nick faldo, rafi.

5 comments:

  1. yey aku yg first!
    hehe kita mesti feel sakit kaki yg sama kan?
    rileks lama2 akn biasa.
    aku skang syok berdiri dah!

    ReplyDelete
  2. waa adakahaku yg first??
    hehe takpa itu biasa untuk hari permulaan.
    lama2 berdiri pun tak rasa apa2 ;)

    ReplyDelete
  3. yee..hg yg first n second..haha..
    hari ke-2 da rileks sket..
    ada satu mamat jepon,pergh,die cakap,susah aku nk paham..
    my name is yoshi,if you have anything,you can ask me..okay2.thank you.my name is amirah..
    bwahaha.tapi ensem woo..suma yg keja dok gila kat dia..kecuali aku..serious ni...

    ReplyDelete
  4. wooooooahhhh! keja daisoo tuuu! hahahaha. cik,, suma benda da jual dlm kdai cik. rambang mata sy dbuatnya. heeee. ;))

    ReplyDelete
  5. aku tau hang dok pusing2 jaaa..
    sama mcm atin...
    aku yg keja pon rambang mata kot...
    pusg2 kedai ja,rasa cam nak beli semua barang jaa..
    tadi kami pakat susun jigsaw puzzle..
    abg fadzrul la pny keje ni..
    mentang2 arini customer sikit...haha..
    bestt..haha

    ReplyDelete

Bingkiskan apa sahaja. Supaya aku tahu apa pikir kamu ke aku.