Saturday, January 22, 2011

masih

sampai sekarang aku masih telan kata-kata bangsat yang keluar dari mulut jahanam kau.

kau sumpah-seranah aku depan. hati aku lagak tenang.

masih.

p/s : bila kau nak berhenti supaya boleh aku syuuhh kau keluar dari hidup aku?

ke mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

ini ada satu kisah. ringkas cuma.

pada satu hari, si anak bertanya kepada ayahnya :

"ayah, apesal kereta kita kecik? kenapa ayah pakai kereta wira je? kenapa tak pakai kereta alphard macan pak long?"

hari sebelumnya, si ayah bertanya kepada anaknya :

"adik, kenapa adik punye keputusan teruk sangat? kenapa adik tak belajar pandai-pandai? kenapa adik tak cemerlang macam anak pak long?"

nampak tak?

p/s : kisah dari seseorang yang selalu buat orang tergamam mendengar setiap bait katanya.

Monday, January 17, 2011

senyum

senyuman itu jarang sekali dilihat

-hakikat-

terkadang orang pesan "nanti lekas tua"

-hiraukan-

kerana senyuman itu mahal

-sungguh-

bisa bikin pabila saja hari indah

-mungkin-

"manis sangat bila hang senyum!"

*senyum*

p/s : senyum itu sedekah, kan?

Thursday, January 13, 2011

hey budak!!

hei budak, kau kenapa?
dicerna? dihina? dikeji?
kenapa? kau buat apa sampai disakiti?
hei budak, apa sebab kau tangiskan mata kau itu?
untuk apa?
kau tak dihargai,
kau tak pernah punya maksud dalam hidup mereka,
habis, kenapa?
sekalipun mereka itu buta melihat kamu
aku bisa apakan lagi?
semua dah jadi
kan?

p/s : buang air mata kau jauh jauh, sebab sampai mati mereka tak akan nampak, yang buta tetap buta!

Wednesday, January 12, 2011

gadis itu.

apa kau kenal pada gadis itu?
yang siangnya ketawa melindung tangis
yang malamnya berseorang berteman sepi
di kala semuanya diulit mimpi nan indah
dia itu menangisi harinya
bercerita betapa peritnya hari
kepada teman sang sepi
apa kau kenal pada gadis itu?
dia mungkin tampak tabah pada luar
dia mungkin garang bila berkata
tapi apa pernah kau cuba untuk memahaminya?
dan malam itu seperti biasa
sepi sentiasa menemani dia.

p/s : dan gadis itu selalu simpan semuanya sendiri. sahaja.

pernah tak?

pernah tak dalam hidup ini kau dimaki dan dicaci, sampai tak ada apa yang kau boleh lakukan selain tersenyum dalam hati?

p/s : sakit, tapi Tuhan maha adil.

kau lagi

mata itu tak putus merenung aku lagi
aku faham, aku mengerti
tapi apa bisa aku lakukan?
kalau aku sendiri taak pernah punya daya.
petang itu sekali lagi
semacam mahu kau teriak
aku x punya kuasa teman
aku tak pernah punya sakti dewa dewi yang boleh hilangkan semua
yang bisa cuma perhati
dan selama hari yang berlalu cuma itu yang jadi
moga cepat kau berjumpa penghujungnya
satu hari lagi.

p/s : hey, aku tahu.

serabut

gula jadi masin
nasi jadi kuah
kopi jadi masam
apa yang dibuat semua tak menjadi
apa yang dirancang semua tak kena
mana nak lari
tak akan mungkin aku sembunyi
seksanya hidup begini
ingin sahaja lekas mati
ah, senyuman itu
bikin serabut jantung hati.

p/s : pernah kamu lalui ini?? kalau ya, ini buat kamu.