Monday, February 21, 2011

YOU’RE SO FAR LIKE A STRANGER I HAVE A CRUSH ON.


YOU’RE SO FAR LIKE A STRANGER I HAVE A CRUSH ON
The real reason
the real reason
why I call you every now and then
is because I’m afraid of forgetting your voice
(sometimes I do)
Am I a bad girl?
Am I a bad girl
if I look at your picture and couldn’t recall
how it felt like to be physically by your side?
If you still remember the person I am
you’ll remember what sad memory capability I have
For a forgetful fella like me,
distance is never a best friend
-you’re so far
like a stranger I have a crush on
I’ll just wait
I’ll just wait
for you to come and be my date
I’ll get to know you
I’ll get to know your favourite food
I have allergies, I do
I’ll make you write for me
I’ll make you write for me
so that I can keep a piece of your handwriting
I’ll record you
I’ll record the smell of you
if you smoke like you’re 42
I don’t mind
getting to know you
round and round
even if I fall
even if I fall
from the rooftop hundreds of times
I don’t mind
getting to know you
round and round
even if I get hit
even if I get hit
by a truck thousands of times
You’re so far
like a stranger I have a crush on
-you’re so far
like a stranger I have a crush on


p/s : why are you so far? i can't grab you even if i want to. even if i need to. why?

Tuesday, February 15, 2011

first day aku di DAISO

aku penat. aku sakit pinggang. aku sakit kaki. aku sakit mata. err, boleh ke? mengantuk la tu.

tapi, aku nak tulis gak working experience aku untuk first day nih. nanti tak de feel dah. tak syok nak menaip dah. 

sepertimana yang aku cerita dulu, aku masuk kerja pukul 2 petang. aku sampai je, terus pergi jumpa supervisor, mr.sia. dia cakap, "kawan u, siapa tu? hafiz? kenapa dia tak datang? ". "oh, hafiz, dia cakap dia tak nak kerja sini la mr.sia". "oh, takpa".



pastu, dia bagi aku masok stor, kasi aku baju daiso. "u pakai saiz ape? M kan?". "ye". dia pon kasi la kat aku baju saiz M. aku pergi la tukar. disebabkan baju tersebut berlengan pendek, aku pakai le handsock, sampai je kat kedai, mr.sia tengok pelik je aku pakai handsock tu, ait, takkan nak marah kot. tapi dia tak kata ape. naseb baik.

dia bawa aku pergi kat cashier counter, suruh aku jadi assistant untuk kak ina. daiso ni tak pakai bag plastik, so, semua barang aku kena taruk tape. penat gak la. tapi aii okee. daiso ada 2 kaunter. tapi kaunter cuma buka satu je. mula - mula aku tolong kak ina, pastu aku tolong nick pula masa kak ina pergi break.



jadi cashier kat daiso ni senang je. disebabkan semua barang 5ringgit, jadi kerja cashier cuma bilang berapa item, tekan kat mesin tu, customer bayar, kasi resit, siap!

apa yang kasi aku menyampah sikit kerja situ? bila customer nanti tanya, barang ni berapa ringgit? everything is 5ringgit sir! haha. banyak kali gak la kena jawab macam tu. sambil kena manis-manis muka, senyum-senyum gitu. ahh, aku tahu itu fake semata. ada ke satu pak cik tu tanya "kat sini ada jual electric kettle tak?". what?? adoi. takkan la nak jual cerek letrik untuk 5ringgit kot. agak-agak la pak cik woi.

hari ni hari ape murid-murid? valentine's day. pandai. dah terang lagi bersuluh, aku tak sambut. tapi ramai orang sambut la. ramai gila orang datang bercouple-couple. datang pegang bunga. lepas maghrib, masyaallah ramai gila orang. mungkin sebab semua pakat habis kerja, patu sambut valentine kat queensbay.

okay, dah la tu, panjang sangat. mengantuk!!

p/s : nanti aku nak cite pasal orang yang aku kenal kat situ. mr.sia, abg fadzrul, kak ina, nick faldo, rafi.

Sunday, February 13, 2011

aku tak kuat.

aku nak buat apa lagi ?

aku memang tak kuat.

tolong la aku kat sini.

jangan la pikirkan kerja kau tu aje.

ya allah, kau tolonglah kuatkan aku !

Saturday, February 12, 2011

kerja @ DAISO !!

akhirnya !! aku akhirnya diterima bekerja di DAISO, queensbay mall, penang.

credit to : google


daiso? kedai apakah? daiso adalah kedai under AEON. macam jusco. kiranya daiso ni partner juga la dengan jusco. seperti apa yang mr. sia cakap, supervisor di daiso, queensbay. daiso merupakan kedai barangan jepun yang baru dibuka di queensbay pada 29 januari lalu. ape barang dijual? sangat banyak! sumpah tak tipu. barang mainan, stationary, barang-barang untuk berkebun, gift, household, home decor, accessories, semua ada.

credit to : applefish

kedai ni kat mane hah? kedai daiso ni kat tingkat 1 queensbay, bersebelah dengan shoepoint, berdepan dengan maybank. EVERYTHING AT RM5. yup, benar. semua barang 5 ringgit. sebab tu kalau masuk kedai ni, tak payah la korang susah-susah nak cari tag price barang. semua  barang 5 ringgit.

semua orang tahu kot, kalau cakap barang semua datang dari jepun ni, dah semestinya lah mostly barang-barang dia bertulis jepun. dah la banyak barang-barang jepun ni pelik-pelik kan? jadi janganlah segan nak bertanya dekat pekerja-pekerja kat daiso ni. pekerja bukan orang jepun ya, harap maklum.

credit to : applefish


macam mana la korang nak kenal yang mana satu pekerja daiso ni? wah, itu manyak mudah! pekerja daiso pakai baju putih dengan apron kaler coklat yee.

aku tak sangka pulak nak keje sini siap kene interview bagai. nasib baik la dulu kat sekolah dah penah kena interview dengan teacher ida masa nak jadi pengawas PSS. dulu masa interview cakap BI bagai. nasib baik la mr. sia ni cakap melayu. tak de la gerun aku nak menjawabnya.

oh ya, aku masa pergi mintak keja sini, hafiz mahmut yang ajak. so, kitorang kena interview sekali la actually. masa mr. sia tu tanya soalan semua, aku nanti tengok hafiz, dia tengok aku balik, cess, aku juga nak kena cakap dulu. haih, takpelah, ai okee je. hentam sudah. dekat doploh minit juga la dia interview kami ni. sampai penat aisyah nur addia dengan aimi tunggu kat luar tuh. haha, kesian diorang.

gaji yang aku akan dapat nanti, tak la banyak sangat, dalam rm750, tambah dengan elaun rm100. kalau jadi cashier boleh tambah lagi rm70. habis banyak pon dalam sebulan rm 920. okay la tu. kerja seminggu 6 hari. kalau public holiday, gaji triple. woa, itu yang aku nak dengar tu. best gak.

okay la, panjang bebenor dah ni. aku start keja 14 februari ni. hari isnin. hari stok sampai pulak. banyak la kerja first day aku nanti. aku dapat shift petang pukul 2-11 malam. hafiz dapat shift pagi, ces, tak sama pulak. haih, takpa, dia habis shift nanti pukul 6. itu saja la kot. arigatou gozaimasu kerana sudi baca!
hari aku di interview. thanks kengkawan sebab sudi menuggu. haha



p/s : sape ntah kemaruk dengan jepun bagai? sampai kat sekolah pon join kelab bahasa jepun ? haha. aishiteru imasu!

Friday, February 11, 2011

aku suka sebab dia tinggi. err, boleh tak?

okeh, ini dia, harris haziq. seorang penyanyi, komposer, punya satu band nama the seven oceans? korang pernah dengar tak? dari johor. haha. hometown.

left, harris. right izzat.



kenapa aku suka dia? sebab dia tinggi?? hahah. salah satu faktor, ye. sebab dia tulis lagu slow,sentimental gitu, i likee! banyak lagu yang dia buat cover pon macam tu juga. lagu slow. fyi, saya tak layan lagu rancak. tapi avril lavigne satu exception. tak tahu kenapa. jangan tanya.

tinggi tak? wahaha.


macam mana aku jumpa dia? well, haritu aku search lagu suara from band hijau daun, tengok-tengok ada keluar dia masa search, dia buat cover for that song. bila dengar, wow, not bad. dia ada letak fanpage kat facebook, aku pon try la tengok. oh, dia ada band rupanya. the seven oceans.

apa yang special pasal dia? dia belajar kat mesir. well, sekarang dah balik malaysia dah. dia belajar medic. bila tahu je, aku macam watdahello? budak medic tp punya interest kat music? woow. hebat mamat ni. dia cakap dia suka tulis lagu. hobi katanya. fuh, terbaeek.!

ini lagunya, di akhir masaku.!

juga ini, illustrasi kata.!

 


p/s : aku tak tahu la nak eja macam mana nama dia. harris? harith? harriz? tiga3 tempat beza. 
sorry bro, serious tak tahu.

Wednesday, February 9, 2011

hitam putih kehidupan

warna hitam tetap dengan hitamnya,

tapi mengapa warna putih senang untuk menjadi hitamnya?

padahal warna hitam susah untuk menjadi putihnya.

p/s : harap sapa yang baca faham. aku utarakan pada kawan, dia bengong membacanya. 
sesiapa punya jawapan kepada soalan ini? pening juga aku fikirkan sebabnya.

Saturday, February 5, 2011

R.O.O.T

R.O.O.T.

Revolution Of Obdurate Teenagers

SMSKB

First Batch

2009-2010


p/s : aku kaku, bayak sangat nak tulis pasal entri ni. perlu masa.





aku rindu

aku sangat rindu dia.

okay, inilah ceritanya. semalam pak cik aku datang dari johor, lepas balik dari langkawi. oops, macam ni, pak cik aku dari johor, pergi makan angin di langkawi, setelah itu singgah rumah kami di penang. yeah, macam tu la. tadi, kami semua pergi la ke padang kota lama (except mamat sebab komputer.duhh~).

konon2 nak pi makan kat sana la. tapi, masyaallah, makanan ada, parking tak ada. jenoh la punya jammed. dah la dekat dewan sri pinang tu ada majlis kahwin. parking pulak tak ada. kami orang keluar rumah dalam pukul 8.30pm lebih kurang. dah tak ada parking, kami pun berpakat untuk pergi ke padang kota baru, gurney drive sana. masyaallah, sana pon sama. gurney penuh dengan orang  bangsa cina. dari bawah sampai ke atas. wooaa. sesak giler, last sekali tak jadi juga pegi makan kat situ.

mak dengan abah ade idea nak pegi makan dekat nasi kandar beratur. nak try la makan, depa orang kata makan kat sana sedap. nasi kandar tu bukak pukul 10pm dan ke atas sahaja. maksudnye, dari tadi sampai pukul 10 kami tak dapat makan lagi. tengok2 betol la nasi kandar depa boh nama beratur. panjang.giler sesak. sedih. sungguh. dah lah aku dari tengah hari tak makan apa2 ni. kami orang pon dengan sedih jugak hati pegi makan saja kat nasi kandar kassim mustafa. jadi lah, janji dapat makan sudah. dah dekat pukul sebelas nih. aku lapaq tak hingatt.

abah, aiman, pak cik ras ambil nasi dulu, dah mereka sampai, aku, mak, ngan akak pegi ambil nasi pulak. mase tengah beratur belakang satu mamat nih, mak aku ushar dia, tinggi gila. mak aku kena langut kepala tengok dia. bukan mak aku sahaja, aku juga. masyaallah, tinggi wooa. 

sejurus itu, aku teringat kat dia. sebab mamat tu la punya pasai, sapa suruh tinggi sangat, dah la rambut pon macam nak same, muka pon, ade la lebih2 kurang. arghh, rindu.

p/s : lukisan dia. sesuatu yang bagi aku ingat dia selalu.

p/s/s : aku tak habiskan cerita lagi ke? err, lepas makan kami balik la, dah pukul 12 malam maa. hehe.