Friday, September 30, 2011

perlukah kita discriminate orang lain?

discrimation. perlu ke? banyak situasi dalam hidup kita yang penuh dengan unsur-unsur discrimination. contoh terdekat yang tiap-tiap hari jadi dalam hidup ialah di uitm merbok ini sendiri. aku ambil course diploma in business studies, yang mana course ini orangnya ada macam-macam background. tak kira lah family background or education background. diploma in business studies ini coursenya bukanlah hebat mana pon. kalau kau lepas spm 2 3 A pon boleh ambil course ini. now, bukannya matter kau masok course yang banyak budak pandai ke,banyak budak kurang pandai ke, cuma macam mana kau sesuaikan diri and  excel dalam course yang kau ambil saja. sama macam sekolah dulu, bukan matter pon kau masok SBP ke, MRSM ke, sekolah biase je ke, yang penting masa SPM result kau gempak.kan.?eh, malaut pulak. aku nak cerita pasal discrimination. 


ni contoh situasi orang yang bermulut longkang mendiscrimate rakan-rakannya :


-jangan la kawan dengan dia. dia dari sekolah hulu mana ntah dulu, mana kelas kawan dengan kita,kita kan budak MRSBP.
 -> tak boleh ke kita blend in je dengan semua orang. sekarang kau semua sama je. budak diploma. hebat mane pon sekolah kau dulu, sekarang kita semua satu level okayy?


-aku dengar room mate dia pernah kata dia tak sembahyang pon. xpayah la kawan dengan dia. nanti kita terikut pulak perangai jahil dia tu. 
 -> apa kata kalau kita kawan and try ubah perangai dia. dari kau dapat dosa dengan tak tegur benda yang dah sah-sah dosa depan mata, kalau kau kasi dakwah sikit kan dapat pahala? dengan cara ini pon kita sebenarnya boleh dekatkan diri kita dengan Allah.


-dia tu muka hodoh, jerawat batu penuh, nanti ade pakwe mane-mane nak ngorat aku yang cun tak bleh blah ni , tengok aku kawan dengan dia tak ke susah nanti.
 -> ni selalu jadi dikalangan budak-budak perasan hot gila babi. diorang selalu look down kat people yang dahi tak licin, hidung penyek, kulit tak cerah. sekarang tanya balik diri kita, kita berkawan sebab apa? rupa yang cantik atau akhlak yang baik? 


-dia tu aku dengar suka sangat pinjam duit orang, dah tahu miskin bukan nak ambil ptptn tu ha, kalau kawan dengan dia, habis harta aku yang menimbun dalam bank tu dia kikis.
 -> ada sesetengah orang yang nasibnya tak sama dengan kita. dia mesti punya alasan kenapa dia tak ambil ptptn tu. tak salah kalau kita tolong orang yang memerlukan. jangan terlalu buruk sangka dengan orang. 


-jangan la kita kawan dengan budak laki tu, depa tu nampak macam perangai ntah pape la. 
 -> padahal lelaki tu cuma tanya kita course apa? jangan la anti-sosial sangat. kita tak boleh nilai seseorang tu hanya dengan sekali pandang ja. kadang kalau kita nampak orang tu macam penyangak, tapi hati dia baik, dia friendly, dia pandai. now, don't judge a book by it's cover. 


apapun, kita berkawan biarlah beribu. kita memang perlu kawan dengan semua orang. jangan pernah discriminate. sebab kita akan banyak belajar  dengan mereka. kita cuma perlu ambil yang jernih, buang yang keruh. perangai diorang yang elok, kita ikut, perangai yang xelok, kita ambil iktibar. 




oh, itu tagline aku. suke hati akulah.hewhewhew



2 comments:

  1. yeay...kita bukan kawan ok huda..
    ada correction skit situ..
    kita kawan karib,rapat,bestfriend,closest friend..
    dalam erti kata lain,
    .kamu itu sahabat aku.

    ReplyDelete

Bingkiskan apa sahaja. Supaya aku tahu apa pikir kamu ke aku.