Friday, September 30, 2011

cerita seorang budak.

Ada seorang budak. Namanya Harun. Dia merupakan seorang yang aktif di unversiti malah di kolejnya. Namakan sahaja aktiviti yang ada di universiti tempat dimana dia belajar sekarang. Aktiviti mana yang dia tidak sertai. Semua aktiviti tersebut bukan dia yang menjadi peserta, dialah yang aktif yang mengaturcara, mengarah, menganalisis. Semua dia.

Dia pelajar harapan. Bukan di universitinya sahaja. Malah dulu semasa sekolah, dialah pelajar harapan sekolah. Namanya seringkali disebut oleh guru-guru disekolahnya. Tidak cuma guru, Pengarah di Pejabat Pelajaran Daerah juga sudah kenal benar dengan budak yang bernama Harun ini. Selalu sangat dia terlibat dalam acara-acara, pertandingan-pertandingan,wakil sekolah,wakil daerah, wakil negeri. Sebut sahaja. Semua dia pernah terlibat. Sampai pernah dia dimarahi kerana dituduhnya tidak memberi peluang kepada orang lain yang juga ingin menonjolkan bakat masing-masing.

Dirumahnya, dia seorang yang sangat rajin dan ringan tulang. Setiap pekerjaan yang disuruh ibunya, pasti akan dilaksanakannya dengan  sempurna. Untung dia tidak punya adik-beradik, jika tidak sudah pasti mereka cemburu kerana Harun selalu dipuji dan dibangga-banggakan oleh ibunya.

Di universiti, dia adalah salah seorang ahli jawatankuasa kolej, saban hari dia bekerja dengan ramai orang. Di kelas, dia seorang class representative.Tiap hari berurusan dengan rakan-rakan sekelasnya yang lain. Dia juga seorang yang punya ramai kenalan. Ramai orang yang mengenali dirinya. Dimana sahaja dia berada, semua orang akan menyapanya. Dia seorang yang ramah, tak pernah lekang dengan senyuman.

Hari ini, aku perhatikan dia lagi. Seperti hari sebelumnya sejak aku melangkahkan kaki di bumi universiti ini. Pada jam 6.30 petang, dia akan turun ke dewan makan kolej, memesan makanan, mengambil tempat seperti selalunya, dan makan. Tanpa sesiapa di meja itu yang menemannya. Kosong. Itu rutinnya, setiap hari hanya begitu.

Dia tidak punya kawan!

4 comments:

  1. hahaha..nahh~ada ka org sehebat harun?
    part xdak kawan tu betul la kot. hiperbola ja. nama reka ja, based on true story,tp dihiperbolakan.

    ReplyDelete
  2. hahaha okayhh. but point nya, aku dpt ~~

    ReplyDelete

Bingkiskan apa sahaja. Supaya aku tahu apa pikir kamu ke aku.