Sunday, March 6, 2016

He had me at Assalamualaikum

6 March 2016. Hari ni kena mark as one of memorable moments dalam diari hidup seorang amirah.

Khamis haritu, ija cerita dia satu tempat intern dengan Zikri. Lepas dengar ija cerita semua benda, its just strange yang aku tak selalu react macam mana selalu aku react bila dapat tahu ada orang suka aku. Ya Allah perasan macam ramai orang suka pulak. Hehe. Selalunya aku akan tanya, kenapa dia kena suka kat aku?

Tapi dengan zikri tidak. Lepas cakap telefon dengan ija, i literally cried sebab terharu dia cakap dia suka aku pakai spec mata. Lepastu dok ingat balik when is the last time we met. Aku mengaku la aku pernah ada crush kat dia sebab dia tinggi. Tinggi dia 183cm kot =)

Oh, kenapa menangis? Sebab dari dulu dok tanya orang, aku okay pakai spec ke tak? Dalam banyak2 jawapan, Zikri punya jawapan adalah yang terbaik. Dan part yang paling nak terharu ialah, aku tak perlu tanya pon dia dah bagi jawapan dia!

Okay, so semalam aku pergi tidur rumah ija, lepastu pagi tadi aku hantar ija pergi kerja, dapat jumpa dia lepas 2 tahun tak jumpa. Takdelah exactly 2 tahun, setahun lebih lepas diploma, 2014. Time tunggu dia kat tempat parking jantung dupdap2 tak tipu.

Lepastu dia jalan dengan baju office yang sangat smart style dan oh my eyes melt seeing him like that. He starts his conversation with Assalamualaikum. He had me at Assalamualaikum. Ini dah melting teruk dah.

Lepastu pergi kantin sembang2. Ada satu part lagi dia cakap, ingatkan dah tak boleh jumpa dah. Awhhhh~

No comments:

Post a Comment

Bingkiskan apa sahaja. Supaya aku tahu apa pikir kamu ke aku.