Saturday, February 16, 2013

We are happy and we know it

Asslamualaikum.

Sekarang aku bekerja sebagai salah seorang komander dalam Majlis Perwakilan Komander Kesatria, UiTM Kedah. Haha. Kerja lah sangat. Dan kami semua satu famili. Komander Kedah ni memang ukhuwah paling terhebat. Dan dalam famili yang besar tu, aku ada this small little family yang aku banggakan, sayangkan, rindukan. kan kan kan, Ana?

Kitorang bertujuh. Diorang yang paling aku selesa untuk kemana-mana. Untuk bercerita. Untuk dibingkaskan segala-gala. Ini dia mereka.

Acad. Merangkap Abah kitorang. Dia adalah seorang yang sangat lah baik. Serious baik. Selalu nasihatkan orang. Dan baik. Oh, yang paling tinggi.

Tak tahu lah kenapa gambar ni yang nak dicuri. Cute sangat.

Pakya. Merangkap Abang pertama. Dia adalah seorang yang sangat kelakar. Sumpah paling lawak. Dan paling gila. Bawak kereta punyalah laju. nasib jalan Kedah tak ada AES. hahaha.

Gambar ni yang suka dilihat. 

Azhana. Merangkap Kakak saya. Bajet kakak. Padahal lahir sehari je awal dari aku. Yelah, kakak la jugak kan. Sayang hang! haha. Tak nak cerita apa-apa kat sini sebab hang baca blog aku. Boo!

Pernah tanya aku gambar mana paling aku suka kan? Ini lah dianya.

Afiq Leklu. Merangkap Abang kedua. Dia adalah seorang yang sangat suka gelak. Gelak memanjang. Dan have the ability untuk kasi orang gelak dengan hanya dengar dia gelak. Yes, he is that funny.

Ini aku rasa gambar yang dia paling suka.  Suka bubuh gambar ni sja.


Toi. Merangkap Abang ketiga. Dia adalah orang yang sangat cool. Serious sangat cool. Tahu untuk bezakan situasi. Great leader too.

Haha. Sila gelak guling-guling. Ini masa part 1 lah ni. Time ni tak tahu lagi kewujudan abang sorang ni.  Lawakkk.


Mimi. Merangkap Adik paling bongsu. Dia kecik. haha. Dia banyak sangat cakap bila kami girls bersembang. Seorang yang sangat profesional. Suka cara dia buat kerja.

Ini aku tak reti nak pilih gambar. Smua menggedik. Haha.

Sejak bila ya kitorang start rapat? Oh ya, sem ni. Sejurus selepas LDK. Semua benda nak buat mesti akan  teringat kat semua ahli famili ni. haha. Kitorang keluar main boling, karaoke, pergi kenduri sama-sama, tidur rumah Ana sama-sama. Sangat seronok. Dan sangat beruntung to have them all the time.

kami berenam sahaja dalam ni. Toi tak ada. dia kat lane sebelah.
Ini lah moment yang kasi kami rapat.


p.s: maaf mencuri gambar2 anda di pesbuk!

2 comments:

  1. haha, dah ade kan syah. tp post lain lah. yelah, nt sy post gmbar awk plak. haha =)

    ReplyDelete

Bingkiskan apa sahaja. Supaya aku tahu apa pikir kamu ke aku.