You put yourself into someone's shoes.
Untuk kau fahamkan apa yang orang lain mungkin rasa.
Tapi dengan kasut yang sama,
Tapi kaki yang memakai tetap berbeza,
Kalau kau melecet pun pasti bukan di jari yang sama.
Dan sebab itu kalau kau cakap,
--Aku faham.
Ketahuilah,
Yang kau faham cuma jalan ceritanya saja.
Bukan perasaannya.
--Bukan apa yang dia rasa.
No comments:
Post a Comment
Bingkiskan apa sahaja. Supaya aku tahu apa pikir kamu ke aku.