Tuesday, February 26, 2013

Untitled


Thursday, February 21, 2013

Dan kalau semua sudah tak sudi pinjamkan telinga,
ingat satu, Allah akan selalu ada.

Tak ada jiwa

Bukan tak suka.
Cuma tak ada jiwa, katanya.

Dasar batu loncatan

Dah orang tak sudi.
Takkan nak disorongkan muka ni sekonyong-konyong depan dia. 
Biar je la. 
Dasar batu loncatan, kata Nuha.

ps: Katanya, peribahasa aku boleh masuk in all sort of situation. iyelah Nuha. budak pandai, turutkan saje lah. Kalau tak, tak sampai ke Jordan la kawan aku sorang ni. Haha

Sunday, February 17, 2013

Sahabat paling sejati

Kertas putih yang nipis.
Dibingkiskan semua.
Dicoret semua isi hatinya.
Sebab katanya, itu sahaja sahabatnya.

Tapi, kenapa mesti semakin kosong?

Saturday, February 16, 2013

malam dan gitar



Perempuan itu keluarkan telefon bimbit. Cuba menghubungi si lelaki. Voicemail. Cuba hubungi sekali lagi. Voicemail. Ah, tensen. Dia letak tepi.

Diangkat kembali gitar, letak di paha. Chord C. Chord G. Yang mudah mudah sahaja dia cuba. Baru sedap bunyi dipetik sekali lagi. Leka tak sedar masa. Bulan yang terang tadi kini makin hilang dari pandangan. Gelap yang kelam tadi kini makin kelabu.

Berjaya menukar chord. Jari semakin rancak. Perempuan itu gembira.

‘saya dah berjaya tukar chord. Saya cuba lagi ya’

Text dihantar ke lelaki. Tak delivered. Tak apa. Perempuan itu masuk. Tutup pintu. Hadap Tuhan.

Berdoa kesejahteraan lelaki.

Yang terpisah dua alam. Tak terpisah dari hati.

-Shafa Eman

We are happy and we know it

Asslamualaikum.

Sekarang aku bekerja sebagai salah seorang komander dalam Majlis Perwakilan Komander Kesatria, UiTM Kedah. Haha. Kerja lah sangat. Dan kami semua satu famili. Komander Kedah ni memang ukhuwah paling terhebat. Dan dalam famili yang besar tu, aku ada this small little family yang aku banggakan, sayangkan, rindukan. kan kan kan, Ana?

Kitorang bertujuh. Diorang yang paling aku selesa untuk kemana-mana. Untuk bercerita. Untuk dibingkaskan segala-gala. Ini dia mereka.

Acad. Merangkap Abah kitorang. Dia adalah seorang yang sangat lah baik. Serious baik. Selalu nasihatkan orang. Dan baik. Oh, yang paling tinggi.

Tak tahu lah kenapa gambar ni yang nak dicuri. Cute sangat.

Pakya. Merangkap Abang pertama. Dia adalah seorang yang sangat kelakar. Sumpah paling lawak. Dan paling gila. Bawak kereta punyalah laju. nasib jalan Kedah tak ada AES. hahaha.

Gambar ni yang suka dilihat. 

Azhana. Merangkap Kakak saya. Bajet kakak. Padahal lahir sehari je awal dari aku. Yelah, kakak la jugak kan. Sayang hang! haha. Tak nak cerita apa-apa kat sini sebab hang baca blog aku. Boo!

Pernah tanya aku gambar mana paling aku suka kan? Ini lah dianya.

Afiq Leklu. Merangkap Abang kedua. Dia adalah seorang yang sangat suka gelak. Gelak memanjang. Dan have the ability untuk kasi orang gelak dengan hanya dengar dia gelak. Yes, he is that funny.

Ini aku rasa gambar yang dia paling suka.  Suka bubuh gambar ni sja.


Toi. Merangkap Abang ketiga. Dia adalah orang yang sangat cool. Serious sangat cool. Tahu untuk bezakan situasi. Great leader too.

Haha. Sila gelak guling-guling. Ini masa part 1 lah ni. Time ni tak tahu lagi kewujudan abang sorang ni.  Lawakkk.


Mimi. Merangkap Adik paling bongsu. Dia kecik. haha. Dia banyak sangat cakap bila kami girls bersembang. Seorang yang sangat profesional. Suka cara dia buat kerja.

Ini aku tak reti nak pilih gambar. Smua menggedik. Haha.

Sejak bila ya kitorang start rapat? Oh ya, sem ni. Sejurus selepas LDK. Semua benda nak buat mesti akan  teringat kat semua ahli famili ni. haha. Kitorang keluar main boling, karaoke, pergi kenduri sama-sama, tidur rumah Ana sama-sama. Sangat seronok. Dan sangat beruntung to have them all the time.

kami berenam sahaja dalam ni. Toi tak ada. dia kat lane sebelah.
Ini lah moment yang kasi kami rapat.


p.s: maaf mencuri gambar2 anda di pesbuk!

Friday, November 2, 2012

A friend of mine.

Hai, Assalamualaikum.

Here in UiTM Merbok, daripada part 1, kitorang dalam kelas ada 3 group untuk girls. Well, i guess itu sebab kitorang ramai sangat kot dalam kelas. Satu kelas dalam 34 orang macam tu. and girls adalah majority. 

My group consist of 6 person. mula2 dulu la. pastu, 1 orang pergi SPA. pastu i bet seorang lagi akan pergi untuk fast track. well, its been confirmed sebab itu jela cita2 dia since part 1. so, lepas ini tinggal lah kami berempat.

hani (in pink,smbg fast track), saya, front  row:maziah, addini, khatijah, athirah (SPA)

daripada semua2 ini, i paling rapat dengan khatijah. bukan lah rapat macam mana, its just that dengan dia, i can share almost everything, sama lah dia pon. family problems, pasal lelaki pujaan malaya, kutuk orang,semua lah. i cuma lebih comfortable dengan dia dari yang lain.

dari yang ramai2 ni pon (ramai lah sangat kan), kami dua je yang sekepala, ponteng kelas, keluar jalan. kami buat 2 orang pon jalan je. tak perlu keluar ramai2 bg havoc, dua orang pon berjam. 

apa yang lawak nya pasal kitorang is dalam 6 orang tu, kitorang lah yang paling tak laku. haha. diorang yang lain semua dah ada boyfriend, teman tapi mesra lah, ape2 lah semua benda tu. see how pathetic kitorang punya life. pastu we start to back up diri sendiri dengan kata couple is haram, bercinta lepas kahwin lg seronok (macam penah kawin). 

lepas tu khatijah ini mak dia ustazah ajar orang mengaji. dia selalu lah ikut mak dia pergi surau semua kan. lepas tu jumpa lah dengan makcik2 yang kat surau tu. pastu seronok lah bila makcik2 cakap boleh ambil jadi menantu lah semua kan. dia pernah je cakap, dia nak mak dia yang carikan husband nanti, senang. tak payah nak cari2. belajr pon tak habis lagi.

all in all, khatijah adalah seorang kawan yang baik yang i tak akan pernah faham friendship dia dengan yang lain. dengan budak2 sekolah dia dulu, sangat complicated. 


A case about mak mertua-menantu

hai, Assalamualaikum.

Emak is people yang lahirkan kita, besarkan kita. and yes, siapa yang tak pernah kena marah dengan mak. ye dak?

Kalau kita buat salah je, ade je mak nak complain and tegur. itu untuk kebaikan kita jugak kan.
but untuk kes hari ini i nak cakap pasal mak mertua and menantu. and untuk kes macam ni menantu tersebut haruslah perempuan.

Sebab selalunya mak mertua ini tak akan ada masalah sangat dengan menantu lelaki. or kalau ade pon, terus cakap kat anak perempuan dia. "Mak tak minat sangat lah perangai laki kau tu bla, bla, bla..."

Tapi kalau menantu perempuan, mak tersebut tak akan cerita kat anak lelaki dia suruh ubah perangai isteri. well, it happens in movies, but i don't think in reality pon orang apply method yang sama. i don't know. sepanjang pemerhatian.

What mother-in-law akan buat is cerita semua pasal keburukan menantu tersebut kat anak perempuan dia yang lain. you see, mak mertua tak akan direct marah menantu in the face. sebab, entah, maybe diorang ade feeling yang menantu tersebut akan panggil mak mertua yang jahat kot. ibu mertuaku.

And teruk lah kalau benda macam ni tak disolvekan secepat yang mungkin. the menantu akan diblame. and akan dipandang serong oleh anak2 kepada mak tersebut. Lagi seksa bila semua orang kutuk dia belakang, bila berdepan jadi awkward tak banyak cakap. well, dalam kes ni dia tak dapat nak defend diri sebab dia tak diberitahu pon dia actually ade buat salah.

who should we blame? entah, but nak jadi menantu yang perfect di mata ibu mertua is very susah.

the end.

Saturday, July 21, 2012

ayahanda

wahai ayahanda 
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda 
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah,apa layak aku bagi
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti.
-fynn jamal

*abah, rindu. 

Friday, July 20, 2012

.

kan seronok kalau orang kita suka tu share the exact same feeling dengan kita. kan?
sekali je dia tegur dah melompat macam monyet. tak waras betul lah amirah ini. gila!

Wednesday, November 23, 2011

kau simpan

dulu :
kau ambik hati ini
kau jaga
kau simpan

tapi:
kau pecahkan
kau biar
kau pulangkan

jadi:
aku ambik
aku rasa, ergh, tawar
aku kasi kau balik

kau simpan, 
buat kenangan,
aku masih punya banyak untuk orang lain.
nasib dulu aku hanya kasi cebisan.

Tuesday, November 22, 2011

hari ini baru tahu.

selagi aku mampu tersenyum, aku akan terus tersenyum. biar Tuhan saja yang tahu betapa pedih, luluh, perit, sakit, hancur, berkecainya hati aku hari ini.

p/s : i like when u don't grasp it.

Friday, September 30, 2011

cerita seorang budak.

Ada seorang budak. Namanya Harun. Dia merupakan seorang yang aktif di unversiti malah di kolejnya. Namakan sahaja aktiviti yang ada di universiti tempat dimana dia belajar sekarang. Aktiviti mana yang dia tidak sertai. Semua aktiviti tersebut bukan dia yang menjadi peserta, dialah yang aktif yang mengaturcara, mengarah, menganalisis. Semua dia.

Dia pelajar harapan. Bukan di universitinya sahaja. Malah dulu semasa sekolah, dialah pelajar harapan sekolah. Namanya seringkali disebut oleh guru-guru disekolahnya. Tidak cuma guru, Pengarah di Pejabat Pelajaran Daerah juga sudah kenal benar dengan budak yang bernama Harun ini. Selalu sangat dia terlibat dalam acara-acara, pertandingan-pertandingan,wakil sekolah,wakil daerah, wakil negeri. Sebut sahaja. Semua dia pernah terlibat. Sampai pernah dia dimarahi kerana dituduhnya tidak memberi peluang kepada orang lain yang juga ingin menonjolkan bakat masing-masing.

Dirumahnya, dia seorang yang sangat rajin dan ringan tulang. Setiap pekerjaan yang disuruh ibunya, pasti akan dilaksanakannya dengan  sempurna. Untung dia tidak punya adik-beradik, jika tidak sudah pasti mereka cemburu kerana Harun selalu dipuji dan dibangga-banggakan oleh ibunya.

Di universiti, dia adalah salah seorang ahli jawatankuasa kolej, saban hari dia bekerja dengan ramai orang. Di kelas, dia seorang class representative.Tiap hari berurusan dengan rakan-rakan sekelasnya yang lain. Dia juga seorang yang punya ramai kenalan. Ramai orang yang mengenali dirinya. Dimana sahaja dia berada, semua orang akan menyapanya. Dia seorang yang ramah, tak pernah lekang dengan senyuman.

Hari ini, aku perhatikan dia lagi. Seperti hari sebelumnya sejak aku melangkahkan kaki di bumi universiti ini. Pada jam 6.30 petang, dia akan turun ke dewan makan kolej, memesan makanan, mengambil tempat seperti selalunya, dan makan. Tanpa sesiapa di meja itu yang menemannya. Kosong. Itu rutinnya, setiap hari hanya begitu.

Dia tidak punya kawan!

kami satu family

keluarga bahagia.kuikuikui. baju aku apsal kaler lain?dem!

abah. muka sama macam atuk. dan kurus juga seperti atuk.
mak. muka macam opah. gemuk juga seperti opah. kihkihkih. guraumanjeapesalahnya?
akak. muka macam mak.badan juga agak gempal.macam mak.
angah. muka macam abah.juga kurus seperti abah.
muhammad. muka macam abah. kurus juga macam abah.
aiman. muka macam mak. gendut juga seperti mak.
confirm.kami semua satu family.ceh!



perlukah kita discriminate orang lain?

discrimation. perlu ke? banyak situasi dalam hidup kita yang penuh dengan unsur-unsur discrimination. contoh terdekat yang tiap-tiap hari jadi dalam hidup ialah di uitm merbok ini sendiri. aku ambil course diploma in business studies, yang mana course ini orangnya ada macam-macam background. tak kira lah family background or education background. diploma in business studies ini coursenya bukanlah hebat mana pon. kalau kau lepas spm 2 3 A pon boleh ambil course ini. now, bukannya matter kau masok course yang banyak budak pandai ke,banyak budak kurang pandai ke, cuma macam mana kau sesuaikan diri and  excel dalam course yang kau ambil saja. sama macam sekolah dulu, bukan matter pon kau masok SBP ke, MRSM ke, sekolah biase je ke, yang penting masa SPM result kau gempak.kan.?eh, malaut pulak. aku nak cerita pasal discrimination. 


ni contoh situasi orang yang bermulut longkang mendiscrimate rakan-rakannya :


-jangan la kawan dengan dia. dia dari sekolah hulu mana ntah dulu, mana kelas kawan dengan kita,kita kan budak MRSBP.
 -> tak boleh ke kita blend in je dengan semua orang. sekarang kau semua sama je. budak diploma. hebat mane pon sekolah kau dulu, sekarang kita semua satu level okayy?


-aku dengar room mate dia pernah kata dia tak sembahyang pon. xpayah la kawan dengan dia. nanti kita terikut pulak perangai jahil dia tu. 
 -> apa kata kalau kita kawan and try ubah perangai dia. dari kau dapat dosa dengan tak tegur benda yang dah sah-sah dosa depan mata, kalau kau kasi dakwah sikit kan dapat pahala? dengan cara ini pon kita sebenarnya boleh dekatkan diri kita dengan Allah.


-dia tu muka hodoh, jerawat batu penuh, nanti ade pakwe mane-mane nak ngorat aku yang cun tak bleh blah ni , tengok aku kawan dengan dia tak ke susah nanti.
 -> ni selalu jadi dikalangan budak-budak perasan hot gila babi. diorang selalu look down kat people yang dahi tak licin, hidung penyek, kulit tak cerah. sekarang tanya balik diri kita, kita berkawan sebab apa? rupa yang cantik atau akhlak yang baik? 


-dia tu aku dengar suka sangat pinjam duit orang, dah tahu miskin bukan nak ambil ptptn tu ha, kalau kawan dengan dia, habis harta aku yang menimbun dalam bank tu dia kikis.
 -> ada sesetengah orang yang nasibnya tak sama dengan kita. dia mesti punya alasan kenapa dia tak ambil ptptn tu. tak salah kalau kita tolong orang yang memerlukan. jangan terlalu buruk sangka dengan orang. 


-jangan la kita kawan dengan budak laki tu, depa tu nampak macam perangai ntah pape la. 
 -> padahal lelaki tu cuma tanya kita course apa? jangan la anti-sosial sangat. kita tak boleh nilai seseorang tu hanya dengan sekali pandang ja. kadang kalau kita nampak orang tu macam penyangak, tapi hati dia baik, dia friendly, dia pandai. now, don't judge a book by it's cover. 


apapun, kita berkawan biarlah beribu. kita memang perlu kawan dengan semua orang. jangan pernah discriminate. sebab kita akan banyak belajar  dengan mereka. kita cuma perlu ambil yang jernih, buang yang keruh. perangai diorang yang elok, kita ikut, perangai yang xelok, kita ambil iktibar. 




oh, itu tagline aku. suke hati akulah.hewhewhew



Friday, August 12, 2011

Abah

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..




* mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang ayah ataupun redhanya... saat kita exam, adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita. kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu.

* sedalam dalam hati ayah, ada perasaan mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarganya.

* answer me, siapa lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hidup kalian? yang sanggup berkorban duit, sanggup melukakan dirinya untuk kalian...♥





p/s : yeah. dah memang aku ini orangnya kuat nangis. mestilah aku nangis baca ini. aku selalu rindu abah. esok seakan jauh lagi di depan.

3 tiga

bohong kalau aku cakap aku tak rasa apa-apa.
bohong kalau aku cakap aku tak terasa.
bohong kalau aku cakap aku tak pandang apa yang kau kata.


kadang kita terasa kita punya ramai teman. rasa macam jatuh bangkit kita,mereka semua ada.
hey,ni dunia la amirah. bangkit la. tidur kau terlalu lama sampai kau tak terjaga.oh ya, teman kau tak punya. pada kau, mimpi yang kau tidurkan, disitu punya teman yang kau cari,tak gitu? ini realiti, tolong sedar. aku nak ajar kau hidup dalam realiti.


aku rasa kosong.tak mungkin aku bisa papar gambar mereka semua depan mata. sakit sangat. cemburu? ya, mungkin juga. kau apehal? tempat kau bukan ke penuh dengan kerabat kita?


haha, itu kata kau. dekatnya tubuh aku dengan mereka, sekangkang kera. jauhnya diri aku dengan mereka, berbatu jauhnya.


bukan aku tak cuba nak dekatkan kembali jurang yang berbatu ni, tapi, aku disokong tidak, dibantah pon tidak. ya, mungkin mereka punya agenda lain, mereka punya teman yang lain.penting lagi dari aku. kau siapa ja? tak lebih dari budak perasan banyak kawan.


i'm not in the list? oh, tak apa lah. aku redha.

Wednesday, June 22, 2011

Hujan

Hujan yang diturunkan lebat dari langit berfungsi untuk menemankan air mata wanita di muka bumi yang bertuah ini. Saya kira, wanita dicipta Tuhan untuk menjadi spesis yang tabah. Dan untuk tabah, mereka perlu banyak menangis. .


-taf teh



Tuesday, June 21, 2011

EXTRA ORDINARY


We are
Extra ordinary school
with
Extra ordinary students
and
Extra ordinary teachers
so we must do
Extra ordinary feat
to get
Extra ordinary results

(Ilham: Pengetua SAKBA)


p/s : terjumpa kat smskb punya web..those words from our mama, tiap2 kali perhimpunan nanti dia sebut.