apa kau kenal pada gadis itu?
yang siangnya ketawa melindung tangis
yang malamnya berseorang berteman sepi
di kala semuanya diulit mimpi nan indah
dia itu menangisi harinya
bercerita betapa peritnya hari
kepada teman sang sepi
apa kau kenal pada gadis itu?
dia mungkin tampak tabah pada luar
dia mungkin garang bila berkata
tapi apa pernah kau cuba untuk memahaminya?
dan malam itu seperti biasa
sepi sentiasa menemani dia.
p/s : dan gadis itu selalu simpan semuanya sendiri. sahaja.